Seorang remaja lelaki telah dipukul menyebabkan tulang rusuknya retak dan telah diliwat oleh tiga remaja lain ketika mangsa menyertai pertadingan kawad di penjara kajang. Mangsa yang berusia 18 tahun dan berasal dari Sungai Petani, Kedah .
Kejadian berlaku hari Rabu lalu jam 4.40 petang, ketika pertandingan sedang berlangsung mangsa tiba-tiba ditarik tiga remaja lain yang turut menyertai pertandingan kawad tersebut ke sudut tersembunyi sebelum dipaksa melakukan seks oral kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab.“Mangsa tidak mampu melawan dan hanya menuruti arahan suspek. Malah salah seorang suspek kemudian turut cuba meliwat mangsa.
“Selepas kejadian itu, mangsa melaporkan perkara dialami kepada warden penjara sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu,” katanya.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan namun doktor mengesahkan tiada kesan kemasukan objek ke dalam dubur mangsa. Tetapi hasil siasatan pihak Polis menemui air mani suspek dalam kejadian itu. Suspek telah ditahan untuk diarahkan melakukan kawad cam. Ketiga-tiga suspek berasal dari Melaka.
Ab Rashid berkata, semua suspek berusia antara 17 19 tahun berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377 (B) kerana meliwat. “Pihak kami kini hanya menunggu arahan daripada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. sumber popiyah
0 comments:
Post a Comment