Sekiranya anda merupakan seorang yang aktif dengan aktiviti outdoor terutamanya dengan pengembaraan di dalam hutan, berikut mungkin akan dapat membantu anda ketika kecemasan, tip ini di petik sepenuhnya dr blog TERENGGANU OUTDOOR untuk dikongsi bersama
14 TEKNIK MENCARI AIR KETIKA KECEMASAN
-Tubuh kita mempunyai 42% adalah air dan 25% akan hilang jika kita berjalan di dalam hutan(bergantung pada cuaca atau keadaan).Tubuh kita memerlukan 2 liter sehari atau 6 gelas air sehari.Kehilangan air dalam tubuh akan mengakibatkan tubuh kita mudah letih atau kepanasan.Kemungkinan didalam perjalanan di hutan,belukar dan gunung,kita akan tersesat atau kita akan terputus bekalan utama kita iaitu air.Sungai atau air terjun terlalu jauh dari tempat anda berada.Oleh itu anda perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kesegaran tubuh anda.
-Disini TERENGGANU OUTDOOR akan berkongsi sedikit informasi yang mudah dan ringkas untuk mendapatkan air jika anda sesat di dalam hutan.
1-Pokok periuk kera
pasti terdapat air di dalam.
2-Kelopak air
Jika ia hampir kering,gali sedikit kelopak air itu.Gunakan tuala atau kain untuk mendapatkan sumber air itu.
3-Gunakan baju
Ikat baju pada paha anda dan lalulah di kawasan berumput yang tingginya melebihi paras lutut anda untuk memerangkap air atau embun.
4-Gunakan baju atau kain
Ikatkan pada kayu(lebarkan)untuk memerangkap embun di waktu pagi
5-Pokok lumut
kebiasaannya ai lembab,cari dan perahkan untuk mendapatkan air
6-Dari rekahan batu,pokok-pokok dan lekukuan pokok
kemungkinan ada air yang bertakung didalamnya.Untuk pastikan ada air ke x,anda perhatikan semut atau najis burung di tempat itu
7-Daripada akar tumbuhan
Potong dan ketuk dengan kayu untuk mengeluarkan air tersebut
8-Akar pokok tumbang atau tumbuhan berlembab
Potong dan perahkan sehingga mengeluarkan air seperti pokok mempelas)
9-Pokok dedaun yang berurat
potong pada pangkal daun untuk mendapatkan air
10-Pokok buluh
ketuk ruas buluh tersebut,jika bunyinya mampat(tidak kosong) pasti ada air di dalamnya
11-Buah-buahan
Seperti pokok kelapa,tebu hutan atau pokok buah nipah
12-Batang pokok pisang hutan
Potong batang pisang bahagian pangkal pisang,lebih kurang 8 inci dari tanah.Kemudian korek di bahagian tengah batang pisang seperti bulatan dan tunggu sehingga air keluar.
13-Jika anda berjalan dipermatang pada ketinggian yang tertentu.Pasangkan telinga anda untuk mendengar bunyi aliran air dari gunung atau bukit.
14-Jika terdesak juga,cari sarang burung atau sarang ayam huatn.Ambik telur tersebut dan minum perlahan-lahan.
*Untuk keselamatan masak terlebih dahulu air itu sebelum minum
SEKIAN, TERIMA KASIH
TERENGGANU OUTDOOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment