Pages

Tuesday, 26 May 2015

Buah dada diraba ketika sedang menunggang motorsikal bersendirian

Gambar sekadar hiasan
 
Hahah. Cam kelakar kalau tengok tajuk dia. Tapi begitulah hakikatnya. Kejadian berlaku di Kuala Terengganu.  Seorang lelaki dipercayai mat rempit ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis yang sedang menunggang motosikal, dalam kejadian di Jalan Kamaruddin, Rabu lalu. Menurut sumber, dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi itu, suspek difahamkan mengekori mangsa, 20-an, yang ketika itu sedang menunggang motosikal bersendirian, sebelum bertindak mencabul mangsa.
Suspek dipercayai mengekori dalam keadaan perlahan sebelum menghampiri motosikal mangsa. Tiba-tiba lelaki itu terus meraba buah dada mangsa menyebabkan mangsa tergamam sebelum bertindak berani mengejar suspek meskipun dalam keadaan masih terkejut,” katanya.
Kata sumber, tindakan mangsa mengejar suspek membuahkan hasil apabila dia berjaya mencatat nombor pendaftaran motosikal suspek.
Mangsa kemudian membuat laporan polis. Susulan laporan dan nombor pendaftaran motosikal yang dicatat, suspek ditangkap lima hari selepas kejadian (kelmarin),” katanya.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan suspek ditahan reman empat hari mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan

Mulut lelaki ini cedera apabila Vapor miliknya meletup tiba-tiba


Gambar-gambar seorang lelaki yang cedera akibat smoke vapor (vapor) yang digunakan meletup secara tiba-tiba di dalam mulutnya kini menjadi viral dan trending.
 
Travis Nummerdor memohon gambarnya disebarkan agar dapat menjadi iktibar kepada semua pengguna tegar vapor di seluruh dunia. Gambarnya itu telah dikongsi oleh lebih 100 ribu pengguna sejak ia dimuat naik pada 22 Mei lalu oleh akaun rakannya, Nikki Boggs.
Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa. Walau bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang mendakwa gambar itu adalah palsu dan mahukan bukti yang lebih kukuh untuk menyokong kenyataan serta gambar Travis itu.
Bagi menafikan dakwaan bahawa gambar itu palsu, melalui ruangan komen facebook, Travis sendiri memberitahu vapor yang digunakannya itu meletup tiba-tiba. 
Walau apa pun pendapat orang ramai, sebagai pengguna vapor, perkara ini perlu diambil serius dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil.
Cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lebih baik berhenti merokok, apa jenis rokok pun rasanya membahayakan nyawa manusia, tak kisahlah rokok daun ke, rokok kretek ke atau vapor sekalipun.
Sumber: mynewshub
 



Wanita mengamuk dan tendang Polis Bantuan di KLIA2

Viral dilaman sosial hari ini menunjukkan seorang penumpang wanita yang dikatakan telah mengamuk selepas ditarik dan dihalang menaiki pesawat.

Kejadian yang dikatakan berlaku di KLIA2 itu memaparkan kejadian berlaku di ruang "aero bridge" kelihatan seorang penumpang wanita meronta-ronta meminta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia.

Wanita itu yang tidak dapat dipastikan kewarganegaraan telah mempersoalkan kakitangan terbabit mahu membawanya keluar dari ruang itu.
Bagaimanpun polis bantuan Lapangan Terbang menjelaskan dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Jawapan itu membuatkan wanita berkenaan enggan berganjak dan melawan dengan menarik tangannya dan juga dilihat menendang polis bantuan berkenaan.

"Saya akan saman awak! Okay?!" kata wanita berkenaan.

Bagaimanapun kenapa wanita itu ditarik tidak dapat dipastikan, yang pasti pihak keselamatan kapal terbang mempunyai sebab yang kukuh untuk bertindak sedemikian.

Takkan pihak keselamatan saja-saja menghalang wanita berkenaan. Dari pandangan video berkenaan juga menunjukkan pintu kapal terbang telah ditutup. Mungkin dia terlambat datang, sekadar tekaan.

Apapun kita tunggu jawapan rasmi daripada pihak Air Asia tentang kejadian ini. sumber SK

Masuk pertandingan kawad dan diliwat.

Seorang remaja lelaki telah dipukul menyebabkan tulang rusuknya retak dan telah diliwat oleh tiga remaja lain ketika mangsa menyertai pertadingan kawad di penjara kajang. Mangsa yang berusia 18 tahun dan berasal dari Sungai Petani, Kedah .
Kejadian berlaku hari Rabu lalu jam 4.40 petang, ketika pertandingan sedang berlangsung mangsa tiba-tiba ditarik tiga remaja lain yang turut menyertai pertandingan kawad tersebut ke sudut tersembunyi sebelum dipaksa melakukan seks oral kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab.
“Mangsa tidak mampu melawan dan hanya menuruti arahan suspek. Malah salah seorang suspek kemudian turut cuba meliwat mangsa.
“Selepas kejadian itu, mangsa melaporkan perkara dialami kepada warden penjara sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu,” katanya.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan namun doktor mengesahkan tiada kesan kemasukan objek ke dalam dubur mangsa. Tetapi hasil siasatan pihak Polis menemui air mani suspek dalam kejadian itu. Suspek telah ditahan  untuk diarahkan melakukan kawad cam. Ketiga-tiga suspek berasal dari Melaka.
Ab Rashid berkata, semua suspek berusia antara 17 19 tahun berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377 (B) kerana meliwat. “Pihak kami kini hanya menunggu arahan daripada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. sumber popiyah

Monday, 25 May 2015

Kini Imigresen & Kastam juga dipanggil Anjing oleh pengguna facebook ini

Kali ini, seorang pengguna Facebook bernama Muhammad F.Abdullah telah memaki dan menghina bukan sahaja Polis DiRaja Malaysia malahan lain-lain jabatan penguatkuasa di Malaysia termasuk, UPP, Kastam dan Imigresen, tidak pasti apa ketidakpuashatian beliau, tapi yang nyata, kenyataan ini amatlah mengyinggung perasaan mereka yang bertugas dalam badan beruniform, kawan2 tak nk sekolahkan dia ke?boleh dptkan link nya disini.. https://www.facebook.com/farhan.abdullah.524?fref=nf

Gadis cantik ini di panggil PUTERI BABI!!!

Seorang gadis jelita di Taipei, Taiwan, menjadi sebutan ramai selepas orang ramai meng‘viral’kan gambarnya yang sedang memotong daging di kedai milik keluarganya.
Zhang Caijie bukan sekadar gadis cantik, tetapi dia juga tidak malu untuk membantu perniagaan kedua ibu bapanya sehingga diberikan gelaran ‘Pork Princess’ atau ‘Puteri Babi’ oleh pelanggan. Ibu bapa Caijie menjalankan perniagaan menjual daging babi di pasar Dongmen, Taipei.
 
Caijie yang berusia 25 tahun, tidak menjadikan statusnya sebagai siswa Fu Jen Catholic University sebagai penghalang untuk membantu ibu bapanya melakukan perniagaan itu. Kini nama Caijie mula menjadi sebutan, dan ramai lelaki yang singgah ke gerai dagingnya semata-mata untuk berkenalan dan mendapatkan nombor telefonnya.
Tidak ketinggalan, ada juga ibu dan nenek yang datang ke gerai itu untuk memperkenalkan anak atau cucu lelaki mereka. Ramai yang memuji Caijie sebagai anak gadis yang baik kerana tidak kisah untuk bergelumang dengan bau daging yang hanyir demi membantu ibu bapanya.
Sumber: Awani
 

Ancaman udara Malaysia?apa yang kita ada?


Mengapa TUDM bersungguh mahukan program MRCA di jalankan.
Bila 2017 tiba..negara2 jiran akan memiliki lebih banyak pesawat pejuang yg lebih moden sementara kita... masih teragak agak nak nemilih yang sesuai...
Apa gunanya pesawat canggih ini jika ancaman hanya asas? Abih tu ahlul politik tu lupake konsep cegah dan rintang?
Mari saya bagi contoh
Kes lahad datu, tldm hantar majoriti aset untuk naval blockade suluk mundu.. hasilnya kapal tak cukup untuk defend perairan kita yang lain. Kesudahannya kapal perang china ceroboh sampai 80km shj dari bintulu.
Nah simple
ATM di hantar tangani ancaman 'asas'.. tetapi gagal cegah rintang pencerobohan kapal perang china. Jadi berbalik kepada statement dan soalan tersebut. Jawapan MMP ialah;
Ya kelengkapan canggih tersebut mesti dibeli untuk tujuan cegah rintang. Supaya kita achieve parity dengan kecanggihan ancaman yang tak asas seperti china yang menuntut spratly.
MMP sumber Malaysia military power

Sunday, 24 May 2015

Wanita ini pura-pura pengsan selepas KANTOI menipu

Seorang wanita yang dipercayai menipu orang ramai bagi mengeluarkan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditahan telah di Kuala Lumpur Sentral. Wanita yang berusia 48 tahun itu dipercayai menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai yang mempunyai masalah kewangan di laman sosial dan mahu mengeluarkan wang KWSP dengan cara mudah selain membantu mendapatkan kelulusan pinjaman dari bank. Dipercayai berasal dari Subang Jaya, wanita ini sudah aktif sejak 2011 juga turut menawarkan bantuan untuk menjual kereta dengan harga yang berpatutan selain membantu peminjam senarai hitam untuk membuat pinjaman.
Modus operandi yang digunakan wanita ini adalah dengan membuat mangsa terdesak untuk membuat pinjaman dan dia dikatakan dapat membantu memudahkan urusan pinjaman kerana mempunyai kenalan dengan pihak bank. Mangsa kemudiannya akan dikenakan bayaran RM500 hingga RM5,000 sebelum membuat urusan pinjaman bank. Wanita itu juga menggunakan pelbagai alamat email bagi mengaburi orang ramai yang memerlukan bantuannya.
Satu video turut dimuatnaik memperlihatkan wanita itu yang dibawa ke pondok polis untuk ditahan bagi siasatan dan mempersoalkan tindakan itu yang berpura-pura pengsan ketika berada laporan dibuat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee mengesahkan kejadian seorang wanita yang ditahan di KL Sentral kerana didakwa menipu.
Suspek dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan
 

20000 kakitangan MAS akan diberhentikan kerja bermula Rabu ini?

PETALING JAYA:  Malaysia Airlines will send out its termination letters for 20,000 staff beginning this Wednesday.
The letters will be signed by Datuk Mohammad Faiz Azmi, who was appointed as the new airline Administrator by Khazanah Nasional today.
Bernama reports that the appointment of the administrator will facilitate the transfer of selected assets and liabilities from MAS to the new company, Malaysia Airlines Bhd (MAB), effectively by Sept 1.
According to a statement by Khazanah, MAS would continue to operate throughout the period up to and including Aug 31, after which MAB will operate the business of the airline from Sept 1 onwards.
The appointment is a voluntary undertaking by Khazanah and is made pursuant to the Malaysian Airline System Bhd (Administration) Act 2015 (MAS Act), which was passed by Parliament last year.
The MAS Act provides for an effective, efficient and seamless means for the transition of the business, property, rights, liabilities and affairs of MAS to MAB.
The transition from MAS to MAB is a key component of the 12-point MAS Recovery Plan (MRP), which was announced on Aug 29, 2014, to restructure the national carrier and set it on a path towards sustainable profitability.
According to sources within the airline, MAS was already saddled with debts for several years, while the MH370 and MH17 incidents made things worse.
This exercise will probably go down in the history books as the most number of people to lose their jobs in a single day.
According to the source, some staff may get an offer to join the new company – MAB Bhd, while others may be offered to be part of the Corporate Development Centre.
The CDC was set up with the aim of retraining MAS staff who have been terminated

Ini bukan saiz sebenar?


Gambar  tikus yang ditangkap di kejiranan USJ 11 telah tersebar dengan meluas secara online samada aplikasi whatapss, facebook etc, Sebenarnya saiz yg digambarkan bukanlah seperti mana yang anda lihat kerana semasa gambar tersebut diambil, teknik secara zooming telah dilakukan oleh jurufoto, maka ianya kelihatan sangat besar, Operasi pembersihan tikus telah dilakukan oleh pihak MPSJ.

Saturday, 23 May 2015

Kandungan 7 bulan pelajar berumur 12 tahun ini akhirnya terbongkar

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.
Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin. Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.
“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya. Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima”.

Sangat menyedih dan menginsafkan, Kanak-kanak ini hidup bergantung HANYA dengan sampah,


"Kalakal Boys" gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang keluar mencari barangan kitar semula ditapak pembuangan sampah untuk apa-apa bahan (kalakal) yang kemudiannya boleh dijual kepada kedai kitar semula. Kalakal Boys perlu meredah dalam timbunan sampah untuk mencari botol plastik, barangan, atau apa-apa yang masih boleh digunakan. 

Terletak di Estero de Paco, Manila, kanak-kanak memerangkap timbunan sampah yang telah terkumpul di sungai. Berumur 7-15, mereka tidak lagibersekolah. Sebaliknya, mereka perlu mendapatkan wang dengan cara memerangkap sampah untuk menyokong keluarga mereka. Sehari memerangkap sampah yang boleh dia pakai, mereka mendapat kira-kira 60 peso (kira-kira USD1.40) yang mereka membahagikan antara mereka.

Salah seorang dari mereka mengatakan (Kami tidak mempunyai wang. Bapa saya adalah seorang pemabuk yang sentiasa memukul ibu saya apabila dia tidak mempunyai apa-apa untuk memberi untuk minuman keras itu. Jadi saya berusaha untuk memberikan bapa saya sedikit wang supaya dia tidak akan memukulnya). "

Sebahagian daripada mereka juga melakukan kerja ini untuk membantu memberi makan kepada adik-beradik mereka yang lebih muda, atau untuk membantu dengan keperluan keluarga seperti bigas (beras) atau gulay (sayur-sayuran).












LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN PETIR


Kajian ini telah dikongsikan oleh GT Ong, tulisan beliau turut dikongsikan di page Kementerian Kesihatan Malaysia, semoga kita mendapat manfaat dr perkongsian ini

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT.
Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah negara ketiga paling banyak menerima panahan kilat di dunia, selepas Rwanda dan Congo.
Namun negara kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika mula kedengaran guruh, nampak awan hitam, hujan renyai atau lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan panahan kilat menyambar pada bila-bila masa.
Bak kata seorang jurutera perunding dan pakar kilat Encik Hartono Zainal Abidin dalam artikel akhbar The Star, “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.”
Berikut adalah panduan untuk mengurangkan risiko panahan kilat;-
LANGKAH 1 (Fahami aktiviti kilat)
1). Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
2). Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku iaitu dengan mengetahui jarak kilat. Bagi mengira jarak kilat, anda boleh menggunakan teknik ‘Flash to Bang’ atau ‘Kilat ke Guruh’. Cara kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1.6 km dari kedudukan anda. Ia bermaksud, jika 10 saat bersamaan 3.2 km, 20 saat bersamaan 6.4 km dan 30 saat bersamaan 9.6 km dari kedudukan anda.
LANGKAH 2 (Sekiranya anda berada di luar rumah)
1). Hentikan semua aktiviti luar dan cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Kilat tidak semestinya diiringi hujan dan masih boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada pada jarak 15 km dari tempat anda berada.
2). Cari perlindungan dalam bangunan yang besar dan kukuh, kenderaan atau struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas.
3). Cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran kilat.
4). Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang yang kering.
5). Jangan tunggu sehingga hujan turun sebelum mencari perlindungan kerana kilat boleh memanah anda walaupun sebelum hujan turun.
6). Jangan gunakan payung ketika adanya panahan kilat (kerana payung turut diperbuat dari logam).
7). Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda terkena panahan kilat.
8). Segera duduk dalam ‘Kedudukan Pertahanan Kilat’, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan.
9). Jangan sentuh objek besi seperti pagar, tiang dan orang lain.
10). Jangan berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan kilat.
LANGKAH 3 (Sekiranya anda berada dalam rumah atau tempat perlindungan)
1). Jika anda di dalam tempat perlindungan, jangan sentuh peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket jika perlu.
2). Jangan gunakan telefon rumah atau pejabat. Gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.
3). Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang yang menghadap luar rumah.
4). Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi.
5). Pastikan anda berada di dalam tempat perlindungan untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Anda perlu ingat bahawa kilat masih lagi boleh menyambar walau pun hujan telah berhenti.

Friday, 22 May 2015

Konsep rezeki 2 lelaki yang berlainan agama yang wajib diambil iktibar.


Nota Editor: Penulisan ini ditulis oleh Tuan Yazid Zul, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga penulisan ini membuat kita lebih terbuka hati dalam menerima rezeki pemberian Tuhan.

sumber:PJ Telemonucation

Saya renung uncle Cina yang jual handphone tu. Lepas tu saya pandang kiri kanan. Kawasan kedai handphone. Berbelas kedai handphone ada dekat situ.
“Boss. Kedai phone banyak-banyak kat sini, boleh survive ke?”.
Uncle Cina tu senyum sengih-sengih.
“Apa mau takut? Itu rizki Tuhan kasi. Saya takde phone, saya tolak customer pigi kedai depan. Kedai depan takde phone, kedai depan tolak customer datang sini. Apa mau takut? Rizki tuhan kasi.”
Saya diam.
Beberapa hari lepas tu, saya pergi makan di restoren Melayu. Besar ayat Quran tersergam dekat dinding restoren dia.
“Boss. Sekarang dah ada restoren baru dekat depan. Ok tak restoren tu?”
“Orang kata kedai tu ada guna-guna. Guna jin. Pasal tu laris. Kabarnya ada orang dari Darus Syifa’ pergi situ dan taknak masuk pasal nampak restoren tu guna jin. Orang katalah.., ”
Saya diam kejap.
“Pakcik, saya tinggal dekat Darus Syifa’. Rumah saya area situ. Salah faham kot. Takde sape dari Darus Syifa’ cakap macam tu pun. Semua tu fitnah. Besar dosa fitnah orang guna sihir ni pakcik. Wassalam. Baki duit pakcik ambik jelah. Ni last time saya datang.”
*Pakcik Cina tadi lebih faham konsep rezeki.

Turki rancang selamatkan bekas Presiden Mesir, Morsi dari dihukum mati

Presiden Recep Tayyip Erdogan meminta bantuan Arab Saudi dan Qatar bagi menyelamatkan Morsi daripada menjalani hukuman mati.

ISTANBUL, Jumaat – Akhbar Turki, Takvim, melaporkan Presiden Recep Tayyip Erdogan dilaporkan sedang berusaha menyelamatkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi, daripada menjalani hukuman mati.
Erdogan yang dilihat sebagai sekutu dan rakan rapat Morsi dilaporkan mendapatkan bantuan Arab Saudi dan Qatar sebagai perunding bagi membawa keluar Morsi dari Mesir ke Turki.
Menurut laporan akhbar itu, Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi masih berdiam diri mengenai isu itu, tetapi kekal untuk menyingkirkan Morsi dari bumi Mesir.
Akhbar itu melaporkan Al-Sisi telah bertemu Perdana Menteri, Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan, Sedqi Subhi untuk berbincang mengenai isu berkenaan.
Mehlib mencadangkan Morsi dibuang negeri kerana Mesir akan berdepan tunjuk perasaan jika bekas presiden yang digulingkan itu menjalani hukuman mati.
Minggu lalu, Mahkamah Jenayah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Morsi dan lebih 100 penyokongnya kerana sabit tuduhan melarikan diri dari penjara ketika rusuhan anti-Mubarak pada 2011.
Morsi sebelum ini sudah dikenakan penjara 20 tahun selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menangkap dan mendera perusuh ketika memegang jawatan Presiden.
Pihak berkuasa agama Mesir kini perlu memberi pendapat mereka sebelum hukuman itu dilaksanakan. – Agensi

Wanita menghina Polis melancarakn Ops Warta

Wanita ini menghina pasukan polis dengan memuat naik laporan akhbar online semasa Ops Warta dilancarakn, terutama Polis Trafik, tidak ada yang perlu ditakutkan jika anda tidak melakukan kesalahan.

Peluru meriam meletup, 6 anggota tentera cedera semasa latihan di Tampin

Tampin: Enam anggota tentera cedera di mata, tangan, telinga dan muka selepas peluru dari sebuah kelongsong meriam meletup di Lapang Sasar Asahan, Melaka pada Rabu lalu kini dalam keadaan stabil. Sumber berkata, semua anggota berkenaan kini dirawat di Hospital Tentera Darat (HTD), Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas, di sini dengan menerima pemantauan rapi. Katanya, dalam kejadian 5.30 petang pada Rabu lalu, keenam-enam mangsa terbabit dalam latihan menembak dan menggunakan meriam jenis Oerlion berukuran 35 milimeter (mm).googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Menurutnya, sebelum kejadian, latihan menembak berjalan lancar sehinggalah ketika seorang anggota mahu mengeluarkan peluru daripada meriam dan secara tiba-tiba meletup. "Disebabkan itu anggota terbabit melecur di tangan dan mata kabur. Lima lagi mangsa terkena serpihan cedera di mata, muka, gendang telinga. "Ada antara mangsa cedera dengan gendang telinga berdarah serta berdesing," katanya. Menurut sumber itu, kes berkenaan kemudian dirujuk kepada Kementerian Pertahanan untuk perkembangan lanjut. Sementara itu Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi memaklumkan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. Menurutnya, kes itu diserahkan kepada tentera sepenuhnya dan juga Kementerian Pertahanan. -sumber HMetro

Kisah syukur pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata setelah 40 tahun perkahwinan mereka.

Kisah ini telah di ceritakan melalui paparan wall di facebook milik Khairul Hakimim Muhammad pada 21 Mei 2015, dan telah mendapat perkongsian lebih dari 391 share setakat artikel ini ditulis, malah kisah ini juga mendapat perhatian dari editor The Vocket yang telah kongsikan kisah ini di blog dan facebook Vocket. Semoga Allah memberikan kerberkahan dan kebaikan kepada pasangan usia emas ini, ikuti kisah benar yang menyentuh perasaan ini, kisah dan tauladan buat kita bersama.
gambar sekadar hiasan
 
 
Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.
Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan ‘transfer’ minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.
Saya minta Pakcik Sayuti tunggu di situ dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.
Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.
“Nah ambik nih” Beliau menghulur nota RM5.
“Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim.”
“Aku anak pun tak ada.” Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.
“Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air.” Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.
“Laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”
Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”
“Sudah pakcik.”
“Anak berapa?”
“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.
“Berapa tahun dah kahwin?”
“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”
“Pakcik bersyukur?”
“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macamana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.
“Orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”
“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.
“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha,” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.
“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah, takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.
Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.
Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.
Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yang berkahwin. Allahu akhbar. Memang pakcik hebat.
Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.
Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.
Salam Malam Jumaat,
Khairul Hakimin Muhammad
Baru nak baca Yaasin.

 

Thursday, 21 May 2015

Rakaman Polis Tembak Mati Penjenayah 3 Jam Selepas Membunuh Mangsa di Penang


Info untuk cctv tembak :Bukit Mertajam: Polis tembak mati lelaki tempatan yang tiga jam sebelum itu menembak mati seorang lelaki di hadapan sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam, di sini, 5.35 pagi tadi.
Tiga jam sebelumnya berlaku pergaduhan di antara suspek dan mangsa Cheah Kwong Hoay, 30, di hadapan pusat hiburan Jalan Keranji, Taman Mutiara.
Sejurus selepas itu suspek kemudian mengeluarkan sepucuk pistol yang diselit di depan pinggang seluarnya sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah perut, dada dan tangan kiri mangsa.
Polis kemudian memburu suspek dan menemuinya bersembunyi dalam sebuah kontena di depot simpanan minyak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata suspek melepaskan beberapa das tembakan kepada polis yang mengepung lokasi berkenaan sebelum berlaku tembak menembak.
Katanya, suspek kemudian ditembak mati dan hasil pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol jenis Berreta yang digunakan bagi menembak mangsa sebelum itu.
Sumber DtIW

Seorang wanita mengaku cuba rogol jiran lelaki rumahnya

WASHINGTON: Seorang wanita mengaku bersalah di sebuah mahkamah di sini kelmarin atas tuduhan cuba merogol seorang lelaki yang juga jirannya dua tahun lalu.
Chantae Gilman, 28, didakwa atas tuduhan menyerang dan cubaan merogol lelaki itu selepas menceroboh kediaman mangsa pada Jun 2013.
Menurut laporan mangsa, dia sedang tidur di katilnya sebelum terkejut apabila mendapati wanita seberat hampir 100 kilogram itu sedang menindihnya.
Mangsa yang ketakutan meminta Chantae keluar tetapi wanita itu enggan dan cuba merogolnya.
Ibu kepada dua anak itu kemudiannya memegang tangan mangsa dan mengarahkan lelaki berkenaan supaya diam.
Bagaimanapun, mangsa yang dirahsiakan identitinya berjaya melepaskan diri dan menghalau wanita itu keluar dari rumahnya.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya.
Chantae ditahan dan didakwa di mahkamah selepas polis menemui DNA wanita itu pada badan lelaki berkenaan.
Hukuman terhadap wanita itu akan diputuskan mahkamah pada 19 Jun ini.

- Agensi

Ferrari ini disaman kerana kehabisan minyak..

For this unlucky Ferrari 458 Italia owner, it was really an “out of the frying pan and into the fire” moment that saw him receive a summon that listed three road separate offences.
According to the Trafik KL Facebook page, the exotic supercar had unfortunately ran out of petrol while on the Mahameru highway, causing a disruption in traffic flow. Soon, a police officer arrived at the scene and concluded that it was the driver’s fault for not ensuring that the 4.5-litre V8 engine in his Ferrari 458 was constantly fed with sufficient petrol from the fuel tank to keep it going. Strike one.
Following that, the same police officer also noticed that the vehicle’s registration plates at the front and back were both illegal in nature as they did not follow the regulations set by our Road Transport Department (JPJ). Strike two and three there.
It’s also funny to note how it says on item number two, “No. pendaftaran hadapan fancy” which for our non-Bahasa Malaysia speaking readers, translates to: Fancy registration plate at the front.


It just goes to show that no matter what car we drive, constant vigilance on the amount of fuel in our tanks is important to ensure not just that we reach our destination comfortably but also to avoid unwanted and shall we say, embarrassing situations like this.
Also, if you’re thinking of standing out from the crowd with unique number plates, we really think you should reconsider after this too.

- Carlist.news

KISAH BENAR: Seorang Ibu Sanggup Menipu Jatuh Sakit Kerana Rindukan Anak Hingga Benar2 Jatuh Sakit..Berdosakah Mereka?

Posting ini telah dikongsikan oleh pengguna facebook Syed Azmi yang bertugas di sebuah klinik, status berkenaan pengalaman beliau bertugas telah Berjaya menarik minat pengguna facebook yang hingga mendapat lebih daripada 3355 perkongsian dan 7984 like dari pengguna lain, ikuti kisah pengalaman beliau dalam menghadapi tugas sebagai seorang pegawai perbuatan yang berdepan dengan karenah dan ragam kehidupan ini, sangat menyentuh perasaan dan jiwa. Status ini telah dimuat naik pad a18 May 2015.

Perkongsian cerita ini bermula dengan kehadiran satu pasangan warga emas ke klinik tempat beliau bertugas,
"
This post tonight is one of the hardest I ever have to write. I cried thinking about it and I wonder if I write this tonight, will you get what I was trying to say.

This happen early afternoon today.
An elderly lady and her husband came in."Budak melayu Mi tu ada?"
My staff pointed at me....
Ok. Let me see. What is this all about."

Pesakit beliau dating bagi mendapatkan rawatan yang dia sendiri tidak pasti apakah punca penyakitnya hingga menyebabkan makcik ini merasa keperitan dan sakit yang sangat mendalam, hiba hati sebagai seorang ank muda dan pegawai perubatan sekiranya tidak dapat memuaskan hati pelanggan beliau, apatah lagi patient ini merupakan warga emas yang meniti di usia senja mereka, bahkan mengingatkan kita ibu di kampong, berikut adalah tulisan beliau melalui status yang sama dikongsikan.

"Its the wife, wanting to check on her cholesterol test. I did just that. I don't really know them so well so I just observed.

This lady then complaign about this pain and that pain. I suggest some medicine. I explain to her how would it help her. Then she said no pain. Just fever and muscle cramp. I suggest something else. Then she said not that, its flu and stomach pain. I took my breath and suggest other thing. In my mind if she said not that, then.I just have to go to a nearby clinic.

But she said this, "Bukan sakit tu, makcik sakit hati....Ada obat?""

Jawapan yang diberikan adalah sangat MEMERANJATKAN..

"Now, the first 3 are complaints and this one is different.

So I ask, is it like hepatitis?

She said no. Sakit hati. Sakit hati.

Her eyes locked on to me. I pull my chair and sit near to her. Cuba makcik cerita kat Mi baik-baik. Apa dia sebenarnya?

She said she has been sick for about a month.
Her husband said they have been to few doctors, none of the medicine works.
"Tapi pakcik rasa, bini pakcik tak sakit apa-apa"

Ok....

"sakit hati tu macam rasa sedih tertekan nak nafas pun payah pasal geram sangat ke?"

She kept quiet.
Ok now I know."

Ini jawapan dari persoalan yang diajukan kepada suami makcik ini,..

"I slowly turn to the husband.
"Anak-anak berapa pakcik? Cerita sikit?"
But I still look at the wife. She look back at me.

Anak-anak 3 semua dah kawin. Sorang kolumpo. Yang lain dekat rumah. Dah 3 bulan tak jumpa sorang tu. Bla Bla Bla.

So now I think I got it.
"Makcik rindu anak makcik ni...."

She nodded.

The husband actually cut in. "Telepon sudah. Semua sibuk kerja anak semua. Bukan tak boleh telefon. Nanti baliklah diorang tu"

Makcik sakit dah sebulan. Mestidah bagitau anak makcik kan, anak-anak cakap apa?

The makcik answered "Diorang masuk duit kat bank suruh g jumpa doktor. Makcik pegilah. Tapi sampai sekarang tak baik."

Kita ikuti kisah selanjutnya...
"Ok... Hmm how do I tackle this.

"Untung makcik boleh telefon lan, ada jugak orang kat sini nak telefon pun susah."

"Makcil rindu anak makcik. Sakit lama camni pun tak boleh datang jenguk. "
She was about to cry. I gave her a tissue.

"Nak ngadu apa lagi suruh balik, kata nak mati baru nak balik?"
The husband pat her back. "Sudah lah"

I cannot say anything much. One side of the story.

Then I did the unthinkable.
I ask for one of the children's number from the husband and make a call.

Allah knows that I was shaken while making the call.

His son answered. I introduced myself to him and said, "Mak rindu, baliklah jenguk kejap. Dia tak sakit encik, dia rindu aje. Tq"

As i put down the phone. The father said thank you.

No sweat.
I was more confused where did I get the idea and courage to do so.

The makcik wanted to pay for the cholesterol test. And sherolled out her money from her sarong.



 We were silent till she paid. I guess that was what needed.

We say thank you and goodbyes after that.

I felt numb. Really numb.

You get what I mean? This simple need of attention from a parent was so strong she just had to create a mind of pain to reflect her inside. Most parents normally swallow their feelings for the love and sake of their children. Its just too muchfor her.

Now she still has her husband with her. She has her partner and her best friend. What if she is alone.
Maybe because of this thought that prompt me to make the call. Hope what I said is enough to jilt one of the children.

Yearn for attention and affection can happen as one grows older. Just make a call. Remember, what goes around comes around.

We all been tested one way or another.

My name is Syed Azmi. I still work in Johor. I love my patients very much (minus the rude, snob or those with no manners). I will miss them too.
I hope they will be treated nice by the new colleague of mine.
I am sorry to type this so late."

sekiranya kita masih mempunyai ibu bapa yang masih hidup, tidak kira sama ada sihat atau tidak, jenguk2 lah mereka selagi hayat mereka masih ada...rindu mereka tidak tertanggung..





Wednesday, 20 May 2015

Nasib Tiga Anak Kecil Tinggal Daif Dengan Nenek, Bapa Dalam Penjara Dan Ibu Menghilangkan Diri


Sayu hati ini takkala membaca kisah anak-anak kecil ini yang hidup bersama nenek serba kekurangan selepas ditinggalkan oleh ibunya dan bapa mereka pula sekarang berada di dalam penjara.

Mereka bertiga masih kecil di mana yang sulung berumur 3 tahun, yang kedua berumur 2 tahun dan dan yang bongsu berumur 8 bulan .

Anak-anak kecil ini sekarang berada dalam jagaan nenek dan bapa saudara mereka. Segala kos perbelanjaan mereka sekarang ditanggung oleh bapa saudara mereka itu yang hanya bekerja sebagai despatch dengan gaji RM1500 sebulan.

Ternyata dengan wang RM1500 itu memang tidak cukup untuk kos perbelanjaan mereka dimana dari gaji itu perlu membayar sewa rumah sebanyak RM500, perbelanjaan bil air, bil elektrik, susu dan bermacam-macam lagi barang keperluan.
Dari gambar-gambar dan sumber maklumat yang diterima SK ternyata keluarga ini amat-amat memerlukan bantuan kita. Tikar getah yang digunakan sudah rosak dan berlubang, tilam nipis dan berbau hapak.

Dari info seorang sukarelawan yang melawat mereka ini, Shanaa Amirah dan Nurul Husna Hj Ani ternyata keluarga ini amat memerlukan tilam, baju kanak-kanak, bantal, susu lactogen langkah 2, pampers size M, botol susu, beras, ikan bilis, telur, gula dan milo.
Kepada anda yang ingin menyerahkan sendiri bantuan sendiri bolehlah berbuat demikian ke  No H10-10-11 , pangsapuri angsana Blok H, tingkat 9, USJ 1, 47500 Subang Jaya Selangor atau hubungi sendiri nenek Mek che yah 010-7740100.

Bagi mereka yang ingin membantu dari segi kewangan bolehlah salurkan ke:

7612696508 CIMB
mohd nordin bin abdul ghani.

Semoga dengan sedikit bantuan kita dapat memastikan anak-anak ini membesar dengan baik dan masa depan mereka lebih terjamin. Setiap apa kita sedekahkan dengan ikhlas, ingatlah ganjaran yang bakal Allah bagi kepada kita berlipat kali ganda. Sumber SiakapKeli

LELAKI MILIKI 24 WARAN TANGKAP DITAHAN KETIKA REMPUH SEKATAN JALAN RAYA DI ALOR SETAR

LELAKI MILIKI 24 WARAN TANGKAP DITAHAN KETIKA REMPUH SEKATAN JALAN RAYA DI ALOR SETAR
Alor Star, 20 Mei - Seorang lelaki berumur 21 tahun yang
memiliki 24 waran tangkap ditahan dalam satu sekatan jalan raya sempena Ops Warta di Jalan Lencong Barat, Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
...
Inspektor Penguat Kuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Insp Othman Abdullah berkata lelaki terbabit ditahan bersama seorang rakannya berumur 21 tahun, yang juga pemandu kereta jenis Proton Saga FLX.
Beliau berkata dalam kejadian 5.30 petang itu, pemandu terbabit merempuh sekatan jalan raya ketika anggotanya mahu melakukan pemeriksaan.
Katanya kedua-dua lelaki terbabit ditahan semula dan pemeriksaan mendapati lelaki dari Sungai Petani itu, mempunyai 24 waran tangkap atas kesalahan pengubahsuaian kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
"Sebanyak 20 saman tertunggak di Perlis atas kesalahan mengubah suai kenderaan dan empat lagi ialah cukai jalan kenderaan tamat tempoh dan nombor pendaftaran. Kita akan serahkan lelaki terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Padang Besar, untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di sini.
Othman berkata hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit yang sebelum ini bekerja dengan sebuah syarikat di Padang Besar, Perlis sebagai pemandu mengakui disaman lebih 20 kali sejak 2009 namun majikannya gagal menjelaskan saman berkenaan.
Katanya dia yang mempunyai isteri dan seorang anak lelaki turut memaklumkan telah berhenti kerja dengan majikan lamanya di Perlis sejak 2013 dan kini bekerja dalam bidang pendawaian elektrik di sekitar negeri.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap pemandu kereta itu mendapati dia tidak mempunyai waran tangkap dan polis turut mengeluarkan saman atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan Seksyen 55 Akta Pengangkutan Jalan
1987 kerana tidak berhenti ketika melakukan pemeriksaan dalam sekatan jalan raya.
Othman berkata dalam Ops Warta hari kedua, polis turut menahan seorang lagi lelaki berumur 23 tahun awal hari ini di sebuah premis perniagaan kerana mempunyai dua waran tangkap dan sehingga 5 petang, 30 pesalah trafik lain menyerah diri dengan membuat bayaran saman di Unit Trafik IPD Kota Setar dengan
jumlah lebih 60 waran tangkap atas pelbagai kesalahan.
"Di IPD Kota Setar hari ini kita berjaya mengumpul sebanyak RM32,230 hasil saman tertunggak berbanding lebih RM20,000 pada hari pertama operasi itu dijalankan," katanya.
Katanya pihaknya akan mencari pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap di kediaman masing-masing selepas gagal untuk menahan mereka di tempat kerja mereka sebelum ini kerana telah berhenti kerja.
Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengesan pesalah trafik yang gagal membayar saman tertunggak sejak sekian lama.- BERNAMA

Panggil PELANGGAN CIBAI dalam resit, pekerja Nandos dipecat



KUALA LUMPUR: Seorang pekerja Nando's dipecat setelah mengeluarkan perkataan kesat melalui resit kepada salah seorang pelanggannya.

Sebelum ini, resit yang mengandungi perkataan "Cibai Customer" itu telah dimuat naik oleh pelanggan yang terlibat dan menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan dari Oh!Media, kejadian dikatakan berlaku setelah pekerja Nando's terbabit tidak mahu memberi bahagian paha seperti yang diminta kepada pelanggan. Bagaimanapun, setelah pelanggan tersebut ingin membawa hal ini kepada pengurus, pekerja itu terpaksa akur dengan permintaan pelanggan tersebut, tetapi mengeluarkan resit yang mempunyai perkataan "Cibai Customer" kepada pelanggan itu.


Pihak Nando's hari ini memaklumkan pemecatan pekerja terbabit melalui satu kenyataan di Facebook.

Menurut kenyatan itu, pihak Nando's berkata mereka memandang serius isu tersebut yang telah mendatangkan kritikan dari orang ramai.

Kami berasa amat kesal dengan tingkah laku kurang sopan pekerja kami itu.

Kepada rakan Nando’s, insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan pelanggan di restoran dan kami amat memandang serius perkara seperti itu.


Hari ini, pekerja tersebut secara rasminya telah dipecat,” tulis Nando's dalam kenyataan terbabit.

Tambah Nando's lagi, mereka telah memohon maaf kepada pelanggan terbabit berikutan insiden ini.

"Pengurus kami yang bertugas pada hari kejadian telah memohon maaf kepada pelanggan tersebut dan dia telah berusaha mendapatkan maklumat pelanggan itu untuk dihubungi.

Kami telah berhubung dengan pelanggan berkenaan dan sangat bersyukur kerana wanita itu menerima permohonan maaf kami,” jelas Nando’s. - sumber SiakapKeli

Kapal Tentera Laut Turki Dihantar Bantu Pelarian Muslim Rohingya

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu mengumumkan bahawa kerajaannya akan menghantar kapal tentera laut Turki ke perairan Thailand dan Malaysia dalam usaha menyampaikan bantuan kemanusian kepada para pelarian Muslim Rohingya.
Beliau berucap di Istana Çankaya, bertarikh 19 Mei, kerajaan Turki akan cuba sehabis baik untuk membantu para pelarian Muslim Rohingya yang terkandas di perairan rantau Asia Tenggara, bersama-sama International Organization for Migration (IOM), dengan bantuan kapal angkatan tentera laut Turki yang sudah pun bertolak ke perairan tersebut.
Dianggarkan 7 ke 8 ribu pelarian Rohingya dan Bangladesh dipercayai terkandas di sekitar Selat Melaka, dan tidak dibenarkan berlabuh di mana-mana kawasan berdekatan disebabkan ketegasan pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.
Bot penumpang yang membawa 500 rakyat Myanmar yang teraniaya di tanah air mereka, yang majoritinya adalah Muslim, dibawa arus merentas laut sebelah barat Indonesia sejak 10 Mei lalu, dengan keadaan sebahagian dari mereka memerlukan rawatan perubatan.
Warga lelaki, perempuan dan kanak-kanak tiba dalam 2 bot yang berasingan, satu bot memuatkan 430 penumpang, manakala 70 penumpang satu lagi, kata Steve Hamilton, Timbalan Ketua Misi IOM di Jakarta.
Penduduk Muslim Rohingya telah menderita sejak beberapa dekad yang lalu disebabkan diskriminasi kerakyatan dan persempadanan yang berlaku di Myanmar.
Tindakan keganasan yang dilakukan oleh puak ekstremis minoriti Buddha dalam tempoh 3 tahun yang lalu, telah mengakibatkan berlakunya pelarian bot terbesar sejak Perang Vietnam, yang mencapai 100,000 pelarian (menurut Pengarah Projek Arakan, Chris Lewa). Projek tersebut telah memantau perkembangan Rohingya lebih sedekad lalu.
Dalam keadaan kekurangan makanan dan air bersih, Lewa menyatakan kebimbangan beliau dengan kesihatan para pelarian yang kian merosot. Dilaporkan banyak kematian disebabkan punca itu sejak beberapa bulan lalu.
Sumber : hurriyetdailynews

Tuesday, 19 May 2015

Wanita Cantik Ini Telah DiTuduh Gila Harta. Jawapan Balasnya Buat Penuduh Terkesima

Kisah ini telah dipaparkan di sebuah laman blog The Vocket yang menceritakan bagaimana seorang wanita yang cantik ini dituduh secara melulu oleh seorang pengkritiknya dengan mengatakan yang beliau merupakan seorang gila harta dek kerana pasangannya wanita ini tidak hensem dan sesuai dari kaca mata LELAKI itu.  Ikuti paparan gambar dan urutan yang menceritakan dan bagaimana wanita ini memberikan jawapan balas yang menyebabkan penuduh itu terkesima dan memohon maaf atas keterlanjuran tuduhan dan fitnah yang dilontarkan olehnya.  ikuti penulisan dari editor The Vocket.

Seorang lelaki telah melemparkan tuduhan gila harta kepada seorang wanita cantik kerana memiliki pasangan yang tidak hensem pada pandangan mata lelaki tersebut. Apa yang dibalas semula oleh wanita itu mengejutkan lelaki tersebut sehingga dia meminta maaf di atas keterlanjuran bahasanya itu.
 
 


Kami suka dengan cara wanita ini membalas tuduhan lelaki tersebut. Dia tidak melenting, apatah lagi memaki. Karakter yang ditampilkan nya itu adalah secantik wajahnya. Buat pengetahuan anda, wanita ini bernama Adiela Safiyyani berusia 22 tahun. Ketika artikel ini ditulis, dia baru 5 bulan mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Sufyan Ammar. Kedua-duanya berasal dari Raub, Pahang. Dan berita yang paling gembira buat pasangan ini adalah sedang menanti kelahiran anak sulung mereka pada pertengahan tahun ini.


Kami doakan agar pasangan ini kekal bahagia berpasangan hingga ke akhir hayat. Semoga bersabar menjalani kehidupan berumahtangga. Dan selamat melahirkan anak sulung nanti! Amin…

Enam Remaja Termasuk Dua Gadis DiDakwa Atas Kesalahan Merogol dan Subahat Atas Pertuduhan Merogol Pada 1 Mei Lalu

SEREMBAN – Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam, atas pertuduhan merogol pada 1 Mei lalu.
Muhamad Arif Ismail, 19; Muhamad Aziq Shafee, 20; Mohamad Zul Azam Mazli, 20; Muhammad Amirul Hafiz Abd Rahim, 19; Muhammad Johan Eqmal Hakim, 19; dan seorang lagi pesalah juvana, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, mereka didakwa merogol seorang wanita berusia 20 tahun di sebuah bilik bernombor C-13-2, Hotel PD Marina, Telok Kemang, Port Dickson, antara jam 10.30 malam hingga 12 tengah malam.
Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, hukuman diperuntukkan adalah penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika terbukti bersalah.
Pada masa sama, Muhamad Arif turut berdepan pertuduhan kedua iaitu meliwat mangsa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, selain berdepan hukuman sebat sepertimana dinyatakan bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Dua wanita turut didakwa bersubahat melakukan kesalahan tersebut bersama enam yang lain.
Tertuduh, Jean Sopian, 19, dan seorang masih di bawah umur, juga mengaku tidak bersalah atas perbuatan yang menyalahi Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca dengan Seksyen 376 dan Seksyen 34 kanun sama.
Semasa prosiding, keenam-enam tertuduh diwakili peguam, S Karthigesan. Datuk Hanif Hassan pula bertindak selaku peguam bela Jean, manakala A Partheeban dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) untuk pesalah wanita juvana.
-Sinar Harian