Pages

Friday, 8 May 2015

Isteri Duta Malaysia ke Pakistan ditembak jatuh!!!!!

ISTERI Duta Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud antara enam yang terkorban apabila helikopter yang dinaiki terhempas ke atas sebuah sekolah di utara Pakistan.
GILGIT (Pakistan) – Puak Taliban mengaku bertanggungjawab menembak jatuh helikopter dalam kejadian yang meragut nyawa enam termasuk isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan.

Dalam satu kenyataan emel oleh pihak Taliban, mereka secara terang-terangan menyatakan bahawa sasaran sebenar ialah perdana menteri Nawaz Sharif.

“Helikopter itu ditembak jatuh peluru berpandu anti-pesawat, membunuh juruterbang dan duta asing,” kata satu kenyataan berbahasa Urdu dihantar oleh jurucakap utama mereka Muhammad Khurasani.

Namun, kenyataan itu belum lagi mendapat pengesahan pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan awal, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa pesawat yang dinaiki Nawaz berada di kawasan Gilgit, namun berpatah balik ke Islamabad sebaik sahaja menerima berita tentang nahas tersebut.

Datin Habibah Mahmud yang merupakan isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar diberitakan menyertai konvoi tiga helikopter yang membawa delegasi diplomat asing dan bantuan ke Gilgit di wilayah bergolak Kashmir.

Helikopter yang dinaikinya bersama lima yang lain dilaporkan merempuh sebuah sekolah di utara Pakistan ketika mendarat cemas.

Dilaporkan sekolah berkenaan ditutup ketika kejadian. 
Nahas itu turut mengorbankan Duta Norway, Duta Filipina dan isteri Duta Indonesia serta dua pemandu helikopter.
Difahamkan, mangsa yang merupakan isteri kepada Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar menyertai konvoi tiga helikopter untuk membawa diplomat asing dan bantuan ke Gilgit, Pakistan.
Menurut jurucakap tentera Pakistan, helikopter terbabit membawa 11 rakyat asing dan enam rakyat Pakistan.
Dalam pada itu, pihak Taliban mengaku bertanggungjawab menembak jatuh helikopter tentera berkenaan.
“Sasaran sebenar kami adalah Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharid.
“Helikopter itu ditembak oleh peluru berpandu anti pesawat yang mengorbankan juruterbang dan ramai duta asing,” tulis satu kenyataan dalam bahasa Urdu yang diemel oleh jurucakap mereka, Muhammad Khorasani.
Bagaimanapun, kesahihan dakwaan tersebut masih belum dapat dipastikan

0 comments:

Post a Comment