Pages

Wednesday, 10 June 2015

Sultan Johor miliki "Optimus Prime"?


Is this the hint of something bigger to come? Maybe something as big as Malaysia's very own team of Transformers?
Or maybe we're just reading too much into this.
Or...are we? Why else would Sultan Johor (Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, a man well-known for his sweet collection of rides) get himself an Optimus Prime looking truck if he weren't also planning on getting a Bumblebee Camaro and a – no? Okay, let's take a look at what His Majesty does have for now.
Unveiled recently at the Brisbane Truck Show, Aussie portal Motoring reveals that the hot wheels pictured above are custom made for the Sultan himself, who contacted Mack Trucks Australia to get this deal done.
The customised Mack Super-Liner was produced at the Mack Factory in Brisbane before handed over to the customisation team at Viking Trucks. It took a total of 30 men working on it to produce that perfection.
Also, according to Johor Southern Tigers FB, the official Facebook for the Johor football teams, the originally white truck has been "painted like the JDT Cigarette Speed Boat, carrying an image of a tiger, the official Johor colours of red, blue and white, and the official symbols of moon and star. The official symbol of His Majesty is also included as well."
Curiosity kills the cat. But those who don't care and are still curious about the specs can read the details below as quoted from Motoring:
"Powered by Mack's 16-litre, 685hp MP10 engine and mated to Mack's mDRIVE 12-speed automated manual transmission, the truck rides on a Mack FXL16.5 steer axle and Meritor RT46-160 drive axles."
"A Primaax RADD-A4P air suspension system smooths the bumps while a custom 89-inch sleeper provides plenty of comfort while away from the palace."
"The Viking Trucks team weaved its custom magic to take the Super-Liner to a new level of regal style, all set off by a superb custom paint job incorporating the flag of Johor, the head of a tiger, and the Sultan's royal crest. It's a three-layer airbrush scheme, while the eight layers of pearl paint have been followed by six layers of clear coat."
"The royal crests sewn into the seats comprise some 72,000 stitches and use real gold thread, and the leather and suede was imported from South Africa just for this job."
"The timber for the interior and exterior decking was painstakingly installed over three months and the hand-built rear bumper features a hidden electric tool panel."
"Blue lighting adds to the truck's magnetic allure after dark, while the luxurious cab features two televisions, two iPads, an Xbox and a Sony PlayStation 4, plus a kitchenette with stone benchtop and a solid Jarrah timber floor."
And now you wish you live in that truck.
Cinema.com.my


Tuesday, 9 June 2015

Patut ada utk setiap keluarga bg situasi kecemasan..

Sekadar berkongsi info dan maklumat untuk kita bersama. Sekiranya berlaku sebarang kejadian alam di tanah air Malaysia.
SENARAI BARANG DALAM 'BEG KECEMASAN'
🔹 Passport/dokumen pengenalan diri...
🔹 Kad insurans
🔹 Air mineral (1 botol besar)
🔹 Lampu suluh (torch light) beserta bateri tambahan.
🔹 Wang tunai
🔹 Penutup mulut
🔹 Foto keluarga (bagi keperluan mencari anggota keluarga yang hilang atau sesat)
🔹 Wisel
🔹 Tisu tandas (jika perlu)
🔹Baju hujan/ payung kecil
🔹 Blanket/ Selimut
🔹Tuala
🔹 Radio
🔹Bantal kecil
🔹 Pembuka tin/ pisau pelbagai guna
🔹 Ubat-ubatan yang biasa digunakan
🔹 Stokin bersih/ keperluan solat bagi perempuan / pad
🔹 Powerbank/ Charger telefon bimbit
🔹 Makanan untuk tenaga (biskut/ coklat)
🔹 Lilin (jika perlu)
🔹Mancis/ pemetik api
🔹 Plastik sampah
🔹Baju/ pakaian untuk (sekurangnya 2 pasang dan sebaiknya lengan panjang) 🔹Sediakan beg tidur

* Sebaiknya beg kecemasan diletakkan berhampiran pintu masuk rumah atau mana-mana tempat yang mudah kelihatan dan diambil.

Monday, 8 June 2015

Kajian menunjukkan Sabah mempunyai Gunung Berapi?


Malaysia memiliki gunung berapi!
Gunung Maria di Tawau merupakan sebuah gunung berapi tidak aktif
Malaysia memiliki gugusan gunung berapi, itu adalah fakta yan...g tidak mungkin anda temui di dalam buku teks di sekolah. Hanya kajian lanjut diperingkat pengajian tinggi mendedahkan perkara ini.
 


 Semenanjung Semporna bertapak di atas gugusan lapisan tebal batuan yang mengalir di bawahnya aliran lava dan batuan gunung berapi.
Kajian topography menunjukkan kawasan di bahagian Tenggara, Sabah itu meliputi pergunungan Andrassy, Lucia, Maria, Wullersdorf dan Magdalena terbentuk mengunjur dari gugusan gunung berapi dari rantau Sulu, Filipina.
Gunung ini diberi nama Gunung Maria, dikelaskan sebagai gunung berapi tidak aktif terletak di wilayah Bombalai, dalam daerah Tawau dengan ketinggian 1,067 meter dari aras laut
Gunung Maria adalah jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "Preholecene" iaitu berusia melebihi 12,000 tahun.
Terdapat banyak gunung dan bukit kecil di dalam gugusan gunung berapi di Tawau termasuklah Bukit Gemok.
Bukit Gemok umumnya adalah sebuah bukit curam disamping beberapa dataran landai. Puncak bukit ini berada di paras 396m dari aras laut.
Senarai bukit dan gunung yang berada dalam gugusan ini di daerah Tawau termasuklah:-
- Gunung Tiger
- Gunung Bombalai
- Gunung Andrassy
- Gunung Maria
- Gunung Lucia
- Gunung Magdalena
- Quion Hill
- Gunung Wullersdorf
- Gunung Tagasan
- Gunung Glas
- Tengah Hill
- Kukusan Hill


Gunung berapi tidak aktif berhampiran Semporna ialah Gunung Pock dan Gunung Conner.
Pulau Boheydulong dan Pulau Tetagan dekat Semporna juga merupakan sebahagian dari gugusan gunung berapi tidak aktif.
Gunung Magdalena berketinggian 1,208 meter dari aras laut merupakan gunung tertinggi di gugusan itu.
Sumber http://geology.um.edu.my/gsmpub…/BGSM/bgsm56/bgsm2010012.pdf

Inilah rupa wajah yang terbentuk di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi

Suatu pembentukan di permukaan Gunung Kinabalu selepas dilanda gempa baru-baru ini dikatakan menyerupai Datuk Gunting Lagadan yang merupakan lelaki pertama menakluki gunung berkenaan. Etnik Dusun merupakan salah satu antara 70 etnik di Sabah.

Imej yang terbentuk di permukaan gunung berkenaan dikatakan adalah Aki Nabalu yang mana ia merupakan nama gunung itu dalam bahasa Dusun. Foto pembentukan imej dan Lagadan itu telah menjadi viral dan tersebar di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.




Komuniti Kadazan Dusun Murut (KDM) percaya bahawa semangat nenek moyang mereka mendiami kawasan berbatu di puncak Gunung Kinabalu.
Menurut cerita rakyat tempatan, Aki Nabalu yang membawa maksud ‘tempat yang dihormati orang mati’, adalah merupakan kisah daripada seorang isteri yang bertukar menjadi batu setelah menunggu kepulangan suaminya.
 

Malah, ada yang mengatakan ia adalah raja gergasi dan ia masih belum ‘terjaga’ sehinggalah pada pagi Jumaat di mana gempa bermagnitud 5.9 melanda kebanyakan tempat di Sabah. Ramai juga yang menyalahkan sekumpulan pelancong daripada Eropah yang berkelakuan kurang sopan dengan berbogel di Gunung Kinabalu yang mana ia menjadi tempat suci bagi rakyat Sabah.

Sekumpulan 10 pelancong yang dipercayai dua daripadanya adalah warga Kanada, dua warga Belanda dan seorang warga Jerman telah berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada pagi 29 Mei lalu.
Dalam kejadian gempa itu, daripada 187 pendaki, 16 kematian direkodkan manakala dua lagi masih belum dapat dipastikan.
Sumber: RakyatPost



Tuesday, 26 May 2015

Buah dada diraba ketika sedang menunggang motorsikal bersendirian

Gambar sekadar hiasan
 
Hahah. Cam kelakar kalau tengok tajuk dia. Tapi begitulah hakikatnya. Kejadian berlaku di Kuala Terengganu.  Seorang lelaki dipercayai mat rempit ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis yang sedang menunggang motosikal, dalam kejadian di Jalan Kamaruddin, Rabu lalu. Menurut sumber, dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi itu, suspek difahamkan mengekori mangsa, 20-an, yang ketika itu sedang menunggang motosikal bersendirian, sebelum bertindak mencabul mangsa.
Suspek dipercayai mengekori dalam keadaan perlahan sebelum menghampiri motosikal mangsa. Tiba-tiba lelaki itu terus meraba buah dada mangsa menyebabkan mangsa tergamam sebelum bertindak berani mengejar suspek meskipun dalam keadaan masih terkejut,” katanya.
Kata sumber, tindakan mangsa mengejar suspek membuahkan hasil apabila dia berjaya mencatat nombor pendaftaran motosikal suspek.
Mangsa kemudian membuat laporan polis. Susulan laporan dan nombor pendaftaran motosikal yang dicatat, suspek ditangkap lima hari selepas kejadian (kelmarin),” katanya.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan suspek ditahan reman empat hari mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan

Mulut lelaki ini cedera apabila Vapor miliknya meletup tiba-tiba


Gambar-gambar seorang lelaki yang cedera akibat smoke vapor (vapor) yang digunakan meletup secara tiba-tiba di dalam mulutnya kini menjadi viral dan trending.
 
Travis Nummerdor memohon gambarnya disebarkan agar dapat menjadi iktibar kepada semua pengguna tegar vapor di seluruh dunia. Gambarnya itu telah dikongsi oleh lebih 100 ribu pengguna sejak ia dimuat naik pada 22 Mei lalu oleh akaun rakannya, Nikki Boggs.
Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa. Walau bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang mendakwa gambar itu adalah palsu dan mahukan bukti yang lebih kukuh untuk menyokong kenyataan serta gambar Travis itu.
Bagi menafikan dakwaan bahawa gambar itu palsu, melalui ruangan komen facebook, Travis sendiri memberitahu vapor yang digunakannya itu meletup tiba-tiba. 
Walau apa pun pendapat orang ramai, sebagai pengguna vapor, perkara ini perlu diambil serius dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil.
Cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lebih baik berhenti merokok, apa jenis rokok pun rasanya membahayakan nyawa manusia, tak kisahlah rokok daun ke, rokok kretek ke atau vapor sekalipun.
Sumber: mynewshub
 



Wanita mengamuk dan tendang Polis Bantuan di KLIA2

Viral dilaman sosial hari ini menunjukkan seorang penumpang wanita yang dikatakan telah mengamuk selepas ditarik dan dihalang menaiki pesawat.

Kejadian yang dikatakan berlaku di KLIA2 itu memaparkan kejadian berlaku di ruang "aero bridge" kelihatan seorang penumpang wanita meronta-ronta meminta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia.

Wanita itu yang tidak dapat dipastikan kewarganegaraan telah mempersoalkan kakitangan terbabit mahu membawanya keluar dari ruang itu.
Bagaimanpun polis bantuan Lapangan Terbang menjelaskan dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Jawapan itu membuatkan wanita berkenaan enggan berganjak dan melawan dengan menarik tangannya dan juga dilihat menendang polis bantuan berkenaan.

"Saya akan saman awak! Okay?!" kata wanita berkenaan.

Bagaimanapun kenapa wanita itu ditarik tidak dapat dipastikan, yang pasti pihak keselamatan kapal terbang mempunyai sebab yang kukuh untuk bertindak sedemikian.

Takkan pihak keselamatan saja-saja menghalang wanita berkenaan. Dari pandangan video berkenaan juga menunjukkan pintu kapal terbang telah ditutup. Mungkin dia terlambat datang, sekadar tekaan.

Apapun kita tunggu jawapan rasmi daripada pihak Air Asia tentang kejadian ini. sumber SK

Masuk pertandingan kawad dan diliwat.

Seorang remaja lelaki telah dipukul menyebabkan tulang rusuknya retak dan telah diliwat oleh tiga remaja lain ketika mangsa menyertai pertadingan kawad di penjara kajang. Mangsa yang berusia 18 tahun dan berasal dari Sungai Petani, Kedah .
Kejadian berlaku hari Rabu lalu jam 4.40 petang, ketika pertandingan sedang berlangsung mangsa tiba-tiba ditarik tiga remaja lain yang turut menyertai pertandingan kawad tersebut ke sudut tersembunyi sebelum dipaksa melakukan seks oral kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab.
“Mangsa tidak mampu melawan dan hanya menuruti arahan suspek. Malah salah seorang suspek kemudian turut cuba meliwat mangsa.
“Selepas kejadian itu, mangsa melaporkan perkara dialami kepada warden penjara sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu,” katanya.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan namun doktor mengesahkan tiada kesan kemasukan objek ke dalam dubur mangsa. Tetapi hasil siasatan pihak Polis menemui air mani suspek dalam kejadian itu. Suspek telah ditahan  untuk diarahkan melakukan kawad cam. Ketiga-tiga suspek berasal dari Melaka.
Ab Rashid berkata, semua suspek berusia antara 17 19 tahun berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377 (B) kerana meliwat. “Pihak kami kini hanya menunggu arahan daripada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. sumber popiyah

Monday, 25 May 2015

Kini Imigresen & Kastam juga dipanggil Anjing oleh pengguna facebook ini

Kali ini, seorang pengguna Facebook bernama Muhammad F.Abdullah telah memaki dan menghina bukan sahaja Polis DiRaja Malaysia malahan lain-lain jabatan penguatkuasa di Malaysia termasuk, UPP, Kastam dan Imigresen, tidak pasti apa ketidakpuashatian beliau, tapi yang nyata, kenyataan ini amatlah mengyinggung perasaan mereka yang bertugas dalam badan beruniform, kawan2 tak nk sekolahkan dia ke?boleh dptkan link nya disini.. https://www.facebook.com/farhan.abdullah.524?fref=nf

Gadis cantik ini di panggil PUTERI BABI!!!

Seorang gadis jelita di Taipei, Taiwan, menjadi sebutan ramai selepas orang ramai meng‘viral’kan gambarnya yang sedang memotong daging di kedai milik keluarganya.
Zhang Caijie bukan sekadar gadis cantik, tetapi dia juga tidak malu untuk membantu perniagaan kedua ibu bapanya sehingga diberikan gelaran ‘Pork Princess’ atau ‘Puteri Babi’ oleh pelanggan. Ibu bapa Caijie menjalankan perniagaan menjual daging babi di pasar Dongmen, Taipei.
 
Caijie yang berusia 25 tahun, tidak menjadikan statusnya sebagai siswa Fu Jen Catholic University sebagai penghalang untuk membantu ibu bapanya melakukan perniagaan itu. Kini nama Caijie mula menjadi sebutan, dan ramai lelaki yang singgah ke gerai dagingnya semata-mata untuk berkenalan dan mendapatkan nombor telefonnya.
Tidak ketinggalan, ada juga ibu dan nenek yang datang ke gerai itu untuk memperkenalkan anak atau cucu lelaki mereka. Ramai yang memuji Caijie sebagai anak gadis yang baik kerana tidak kisah untuk bergelumang dengan bau daging yang hanyir demi membantu ibu bapanya.
Sumber: Awani
 

Ancaman udara Malaysia?apa yang kita ada?


Mengapa TUDM bersungguh mahukan program MRCA di jalankan.
Bila 2017 tiba..negara2 jiran akan memiliki lebih banyak pesawat pejuang yg lebih moden sementara kita... masih teragak agak nak nemilih yang sesuai...
Apa gunanya pesawat canggih ini jika ancaman hanya asas? Abih tu ahlul politik tu lupake konsep cegah dan rintang?
Mari saya bagi contoh
Kes lahad datu, tldm hantar majoriti aset untuk naval blockade suluk mundu.. hasilnya kapal tak cukup untuk defend perairan kita yang lain. Kesudahannya kapal perang china ceroboh sampai 80km shj dari bintulu.
Nah simple
ATM di hantar tangani ancaman 'asas'.. tetapi gagal cegah rintang pencerobohan kapal perang china. Jadi berbalik kepada statement dan soalan tersebut. Jawapan MMP ialah;
Ya kelengkapan canggih tersebut mesti dibeli untuk tujuan cegah rintang. Supaya kita achieve parity dengan kecanggihan ancaman yang tak asas seperti china yang menuntut spratly.
MMP sumber Malaysia military power

Sunday, 24 May 2015

Wanita ini pura-pura pengsan selepas KANTOI menipu

Seorang wanita yang dipercayai menipu orang ramai bagi mengeluarkan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditahan telah di Kuala Lumpur Sentral. Wanita yang berusia 48 tahun itu dipercayai menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai yang mempunyai masalah kewangan di laman sosial dan mahu mengeluarkan wang KWSP dengan cara mudah selain membantu mendapatkan kelulusan pinjaman dari bank. Dipercayai berasal dari Subang Jaya, wanita ini sudah aktif sejak 2011 juga turut menawarkan bantuan untuk menjual kereta dengan harga yang berpatutan selain membantu peminjam senarai hitam untuk membuat pinjaman.
Modus operandi yang digunakan wanita ini adalah dengan membuat mangsa terdesak untuk membuat pinjaman dan dia dikatakan dapat membantu memudahkan urusan pinjaman kerana mempunyai kenalan dengan pihak bank. Mangsa kemudiannya akan dikenakan bayaran RM500 hingga RM5,000 sebelum membuat urusan pinjaman bank. Wanita itu juga menggunakan pelbagai alamat email bagi mengaburi orang ramai yang memerlukan bantuannya.
Satu video turut dimuatnaik memperlihatkan wanita itu yang dibawa ke pondok polis untuk ditahan bagi siasatan dan mempersoalkan tindakan itu yang berpura-pura pengsan ketika berada laporan dibuat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee mengesahkan kejadian seorang wanita yang ditahan di KL Sentral kerana didakwa menipu.
Suspek dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan
 

20000 kakitangan MAS akan diberhentikan kerja bermula Rabu ini?

PETALING JAYA:  Malaysia Airlines will send out its termination letters for 20,000 staff beginning this Wednesday.
The letters will be signed by Datuk Mohammad Faiz Azmi, who was appointed as the new airline Administrator by Khazanah Nasional today.
Bernama reports that the appointment of the administrator will facilitate the transfer of selected assets and liabilities from MAS to the new company, Malaysia Airlines Bhd (MAB), effectively by Sept 1.
According to a statement by Khazanah, MAS would continue to operate throughout the period up to and including Aug 31, after which MAB will operate the business of the airline from Sept 1 onwards.
The appointment is a voluntary undertaking by Khazanah and is made pursuant to the Malaysian Airline System Bhd (Administration) Act 2015 (MAS Act), which was passed by Parliament last year.
The MAS Act provides for an effective, efficient and seamless means for the transition of the business, property, rights, liabilities and affairs of MAS to MAB.
The transition from MAS to MAB is a key component of the 12-point MAS Recovery Plan (MRP), which was announced on Aug 29, 2014, to restructure the national carrier and set it on a path towards sustainable profitability.
According to sources within the airline, MAS was already saddled with debts for several years, while the MH370 and MH17 incidents made things worse.
This exercise will probably go down in the history books as the most number of people to lose their jobs in a single day.
According to the source, some staff may get an offer to join the new company – MAB Bhd, while others may be offered to be part of the Corporate Development Centre.
The CDC was set up with the aim of retraining MAS staff who have been terminated

Ini bukan saiz sebenar?


Gambar  tikus yang ditangkap di kejiranan USJ 11 telah tersebar dengan meluas secara online samada aplikasi whatapss, facebook etc, Sebenarnya saiz yg digambarkan bukanlah seperti mana yang anda lihat kerana semasa gambar tersebut diambil, teknik secara zooming telah dilakukan oleh jurufoto, maka ianya kelihatan sangat besar, Operasi pembersihan tikus telah dilakukan oleh pihak MPSJ.

Saturday, 23 May 2015

Kandungan 7 bulan pelajar berumur 12 tahun ini akhirnya terbongkar

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.
Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin. Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.
“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya. Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima”.

Sangat menyedih dan menginsafkan, Kanak-kanak ini hidup bergantung HANYA dengan sampah,


"Kalakal Boys" gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang keluar mencari barangan kitar semula ditapak pembuangan sampah untuk apa-apa bahan (kalakal) yang kemudiannya boleh dijual kepada kedai kitar semula. Kalakal Boys perlu meredah dalam timbunan sampah untuk mencari botol plastik, barangan, atau apa-apa yang masih boleh digunakan. 

Terletak di Estero de Paco, Manila, kanak-kanak memerangkap timbunan sampah yang telah terkumpul di sungai. Berumur 7-15, mereka tidak lagibersekolah. Sebaliknya, mereka perlu mendapatkan wang dengan cara memerangkap sampah untuk menyokong keluarga mereka. Sehari memerangkap sampah yang boleh dia pakai, mereka mendapat kira-kira 60 peso (kira-kira USD1.40) yang mereka membahagikan antara mereka.

Salah seorang dari mereka mengatakan (Kami tidak mempunyai wang. Bapa saya adalah seorang pemabuk yang sentiasa memukul ibu saya apabila dia tidak mempunyai apa-apa untuk memberi untuk minuman keras itu. Jadi saya berusaha untuk memberikan bapa saya sedikit wang supaya dia tidak akan memukulnya). "

Sebahagian daripada mereka juga melakukan kerja ini untuk membantu memberi makan kepada adik-beradik mereka yang lebih muda, atau untuk membantu dengan keperluan keluarga seperti bigas (beras) atau gulay (sayur-sayuran).












LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN PETIR


Kajian ini telah dikongsikan oleh GT Ong, tulisan beliau turut dikongsikan di page Kementerian Kesihatan Malaysia, semoga kita mendapat manfaat dr perkongsian ini

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT.
Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah negara ketiga paling banyak menerima panahan kilat di dunia, selepas Rwanda dan Congo.
Namun negara kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika mula kedengaran guruh, nampak awan hitam, hujan renyai atau lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan panahan kilat menyambar pada bila-bila masa.
Bak kata seorang jurutera perunding dan pakar kilat Encik Hartono Zainal Abidin dalam artikel akhbar The Star, “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.”
Berikut adalah panduan untuk mengurangkan risiko panahan kilat;-
LANGKAH 1 (Fahami aktiviti kilat)
1). Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
2). Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku iaitu dengan mengetahui jarak kilat. Bagi mengira jarak kilat, anda boleh menggunakan teknik ‘Flash to Bang’ atau ‘Kilat ke Guruh’. Cara kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1.6 km dari kedudukan anda. Ia bermaksud, jika 10 saat bersamaan 3.2 km, 20 saat bersamaan 6.4 km dan 30 saat bersamaan 9.6 km dari kedudukan anda.
LANGKAH 2 (Sekiranya anda berada di luar rumah)
1). Hentikan semua aktiviti luar dan cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Kilat tidak semestinya diiringi hujan dan masih boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada pada jarak 15 km dari tempat anda berada.
2). Cari perlindungan dalam bangunan yang besar dan kukuh, kenderaan atau struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas.
3). Cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran kilat.
4). Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang yang kering.
5). Jangan tunggu sehingga hujan turun sebelum mencari perlindungan kerana kilat boleh memanah anda walaupun sebelum hujan turun.
6). Jangan gunakan payung ketika adanya panahan kilat (kerana payung turut diperbuat dari logam).
7). Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda terkena panahan kilat.
8). Segera duduk dalam ‘Kedudukan Pertahanan Kilat’, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan.
9). Jangan sentuh objek besi seperti pagar, tiang dan orang lain.
10). Jangan berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan kilat.
LANGKAH 3 (Sekiranya anda berada dalam rumah atau tempat perlindungan)
1). Jika anda di dalam tempat perlindungan, jangan sentuh peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket jika perlu.
2). Jangan gunakan telefon rumah atau pejabat. Gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.
3). Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang yang menghadap luar rumah.
4). Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi.
5). Pastikan anda berada di dalam tempat perlindungan untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Anda perlu ingat bahawa kilat masih lagi boleh menyambar walau pun hujan telah berhenti.

Friday, 22 May 2015

Konsep rezeki 2 lelaki yang berlainan agama yang wajib diambil iktibar.


Nota Editor: Penulisan ini ditulis oleh Tuan Yazid Zul, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga penulisan ini membuat kita lebih terbuka hati dalam menerima rezeki pemberian Tuhan.

sumber:PJ Telemonucation

Saya renung uncle Cina yang jual handphone tu. Lepas tu saya pandang kiri kanan. Kawasan kedai handphone. Berbelas kedai handphone ada dekat situ.
“Boss. Kedai phone banyak-banyak kat sini, boleh survive ke?”.
Uncle Cina tu senyum sengih-sengih.
“Apa mau takut? Itu rizki Tuhan kasi. Saya takde phone, saya tolak customer pigi kedai depan. Kedai depan takde phone, kedai depan tolak customer datang sini. Apa mau takut? Rizki tuhan kasi.”
Saya diam.
Beberapa hari lepas tu, saya pergi makan di restoren Melayu. Besar ayat Quran tersergam dekat dinding restoren dia.
“Boss. Sekarang dah ada restoren baru dekat depan. Ok tak restoren tu?”
“Orang kata kedai tu ada guna-guna. Guna jin. Pasal tu laris. Kabarnya ada orang dari Darus Syifa’ pergi situ dan taknak masuk pasal nampak restoren tu guna jin. Orang katalah.., ”
Saya diam kejap.
“Pakcik, saya tinggal dekat Darus Syifa’. Rumah saya area situ. Salah faham kot. Takde sape dari Darus Syifa’ cakap macam tu pun. Semua tu fitnah. Besar dosa fitnah orang guna sihir ni pakcik. Wassalam. Baki duit pakcik ambik jelah. Ni last time saya datang.”
*Pakcik Cina tadi lebih faham konsep rezeki.

Turki rancang selamatkan bekas Presiden Mesir, Morsi dari dihukum mati

Presiden Recep Tayyip Erdogan meminta bantuan Arab Saudi dan Qatar bagi menyelamatkan Morsi daripada menjalani hukuman mati.

ISTANBUL, Jumaat – Akhbar Turki, Takvim, melaporkan Presiden Recep Tayyip Erdogan dilaporkan sedang berusaha menyelamatkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi, daripada menjalani hukuman mati.
Erdogan yang dilihat sebagai sekutu dan rakan rapat Morsi dilaporkan mendapatkan bantuan Arab Saudi dan Qatar sebagai perunding bagi membawa keluar Morsi dari Mesir ke Turki.
Menurut laporan akhbar itu, Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi masih berdiam diri mengenai isu itu, tetapi kekal untuk menyingkirkan Morsi dari bumi Mesir.
Akhbar itu melaporkan Al-Sisi telah bertemu Perdana Menteri, Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan, Sedqi Subhi untuk berbincang mengenai isu berkenaan.
Mehlib mencadangkan Morsi dibuang negeri kerana Mesir akan berdepan tunjuk perasaan jika bekas presiden yang digulingkan itu menjalani hukuman mati.
Minggu lalu, Mahkamah Jenayah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Morsi dan lebih 100 penyokongnya kerana sabit tuduhan melarikan diri dari penjara ketika rusuhan anti-Mubarak pada 2011.
Morsi sebelum ini sudah dikenakan penjara 20 tahun selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menangkap dan mendera perusuh ketika memegang jawatan Presiden.
Pihak berkuasa agama Mesir kini perlu memberi pendapat mereka sebelum hukuman itu dilaksanakan. – Agensi

Wanita menghina Polis melancarakn Ops Warta

Wanita ini menghina pasukan polis dengan memuat naik laporan akhbar online semasa Ops Warta dilancarakn, terutama Polis Trafik, tidak ada yang perlu ditakutkan jika anda tidak melakukan kesalahan.

Peluru meriam meletup, 6 anggota tentera cedera semasa latihan di Tampin

Tampin: Enam anggota tentera cedera di mata, tangan, telinga dan muka selepas peluru dari sebuah kelongsong meriam meletup di Lapang Sasar Asahan, Melaka pada Rabu lalu kini dalam keadaan stabil. Sumber berkata, semua anggota berkenaan kini dirawat di Hospital Tentera Darat (HTD), Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas, di sini dengan menerima pemantauan rapi. Katanya, dalam kejadian 5.30 petang pada Rabu lalu, keenam-enam mangsa terbabit dalam latihan menembak dan menggunakan meriam jenis Oerlion berukuran 35 milimeter (mm).googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Menurutnya, sebelum kejadian, latihan menembak berjalan lancar sehinggalah ketika seorang anggota mahu mengeluarkan peluru daripada meriam dan secara tiba-tiba meletup. "Disebabkan itu anggota terbabit melecur di tangan dan mata kabur. Lima lagi mangsa terkena serpihan cedera di mata, muka, gendang telinga. "Ada antara mangsa cedera dengan gendang telinga berdarah serta berdesing," katanya. Menurut sumber itu, kes berkenaan kemudian dirujuk kepada Kementerian Pertahanan untuk perkembangan lanjut. Sementara itu Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi memaklumkan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. Menurutnya, kes itu diserahkan kepada tentera sepenuhnya dan juga Kementerian Pertahanan. -sumber HMetro

Kisah syukur pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata setelah 40 tahun perkahwinan mereka.

Kisah ini telah di ceritakan melalui paparan wall di facebook milik Khairul Hakimim Muhammad pada 21 Mei 2015, dan telah mendapat perkongsian lebih dari 391 share setakat artikel ini ditulis, malah kisah ini juga mendapat perhatian dari editor The Vocket yang telah kongsikan kisah ini di blog dan facebook Vocket. Semoga Allah memberikan kerberkahan dan kebaikan kepada pasangan usia emas ini, ikuti kisah benar yang menyentuh perasaan ini, kisah dan tauladan buat kita bersama.
gambar sekadar hiasan
 
 
Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.
Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan ‘transfer’ minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.
Saya minta Pakcik Sayuti tunggu di situ dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.
Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.
“Nah ambik nih” Beliau menghulur nota RM5.
“Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim.”
“Aku anak pun tak ada.” Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.
“Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air.” Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.
“Laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”
Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”
“Sudah pakcik.”
“Anak berapa?”
“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.
“Berapa tahun dah kahwin?”
“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”
“Pakcik bersyukur?”
“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macamana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.
“Orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”
“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.
“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha,” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.
“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah, takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.
Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.
Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.
Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yang berkahwin. Allahu akhbar. Memang pakcik hebat.
Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.
Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.
Salam Malam Jumaat,
Khairul Hakimin Muhammad
Baru nak baca Yaasin.