Pages

Wednesday, 10 June 2015

Sultan Johor miliki "Optimus Prime"?


Is this the hint of something bigger to come? Maybe something as big as Malaysia's very own team of Transformers?
Or maybe we're just reading too much into this.
Or...are we? Why else would Sultan Johor (Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, a man well-known for his sweet collection of rides) get himself an Optimus Prime looking truck if he weren't also planning on getting a Bumblebee Camaro and a – no? Okay, let's take a look at what His Majesty does have for now.
Unveiled recently at the Brisbane Truck Show, Aussie portal Motoring reveals that the hot wheels pictured above are custom made for the Sultan himself, who contacted Mack Trucks Australia to get this deal done.
The customised Mack Super-Liner was produced at the Mack Factory in Brisbane before handed over to the customisation team at Viking Trucks. It took a total of 30 men working on it to produce that perfection.
Also, according to Johor Southern Tigers FB, the official Facebook for the Johor football teams, the originally white truck has been "painted like the JDT Cigarette Speed Boat, carrying an image of a tiger, the official Johor colours of red, blue and white, and the official symbols of moon and star. The official symbol of His Majesty is also included as well."
Curiosity kills the cat. But those who don't care and are still curious about the specs can read the details below as quoted from Motoring:
"Powered by Mack's 16-litre, 685hp MP10 engine and mated to Mack's mDRIVE 12-speed automated manual transmission, the truck rides on a Mack FXL16.5 steer axle and Meritor RT46-160 drive axles."
"A Primaax RADD-A4P air suspension system smooths the bumps while a custom 89-inch sleeper provides plenty of comfort while away from the palace."
"The Viking Trucks team weaved its custom magic to take the Super-Liner to a new level of regal style, all set off by a superb custom paint job incorporating the flag of Johor, the head of a tiger, and the Sultan's royal crest. It's a three-layer airbrush scheme, while the eight layers of pearl paint have been followed by six layers of clear coat."
"The royal crests sewn into the seats comprise some 72,000 stitches and use real gold thread, and the leather and suede was imported from South Africa just for this job."
"The timber for the interior and exterior decking was painstakingly installed over three months and the hand-built rear bumper features a hidden electric tool panel."
"Blue lighting adds to the truck's magnetic allure after dark, while the luxurious cab features two televisions, two iPads, an Xbox and a Sony PlayStation 4, plus a kitchenette with stone benchtop and a solid Jarrah timber floor."
And now you wish you live in that truck.
Cinema.com.my


Tuesday, 9 June 2015

Patut ada utk setiap keluarga bg situasi kecemasan..

Sekadar berkongsi info dan maklumat untuk kita bersama. Sekiranya berlaku sebarang kejadian alam di tanah air Malaysia.
SENARAI BARANG DALAM 'BEG KECEMASAN'
🔹 Passport/dokumen pengenalan diri...
🔹 Kad insurans
🔹 Air mineral (1 botol besar)
🔹 Lampu suluh (torch light) beserta bateri tambahan.
🔹 Wang tunai
🔹 Penutup mulut
🔹 Foto keluarga (bagi keperluan mencari anggota keluarga yang hilang atau sesat)
🔹 Wisel
🔹 Tisu tandas (jika perlu)
🔹Baju hujan/ payung kecil
🔹 Blanket/ Selimut
🔹Tuala
🔹 Radio
🔹Bantal kecil
🔹 Pembuka tin/ pisau pelbagai guna
🔹 Ubat-ubatan yang biasa digunakan
🔹 Stokin bersih/ keperluan solat bagi perempuan / pad
🔹 Powerbank/ Charger telefon bimbit
🔹 Makanan untuk tenaga (biskut/ coklat)
🔹 Lilin (jika perlu)
🔹Mancis/ pemetik api
🔹 Plastik sampah
🔹Baju/ pakaian untuk (sekurangnya 2 pasang dan sebaiknya lengan panjang) 🔹Sediakan beg tidur

* Sebaiknya beg kecemasan diletakkan berhampiran pintu masuk rumah atau mana-mana tempat yang mudah kelihatan dan diambil.

Monday, 8 June 2015

Kajian menunjukkan Sabah mempunyai Gunung Berapi?


Malaysia memiliki gunung berapi!
Gunung Maria di Tawau merupakan sebuah gunung berapi tidak aktif
Malaysia memiliki gugusan gunung berapi, itu adalah fakta yan...g tidak mungkin anda temui di dalam buku teks di sekolah. Hanya kajian lanjut diperingkat pengajian tinggi mendedahkan perkara ini.
 


 Semenanjung Semporna bertapak di atas gugusan lapisan tebal batuan yang mengalir di bawahnya aliran lava dan batuan gunung berapi.
Kajian topography menunjukkan kawasan di bahagian Tenggara, Sabah itu meliputi pergunungan Andrassy, Lucia, Maria, Wullersdorf dan Magdalena terbentuk mengunjur dari gugusan gunung berapi dari rantau Sulu, Filipina.
Gunung ini diberi nama Gunung Maria, dikelaskan sebagai gunung berapi tidak aktif terletak di wilayah Bombalai, dalam daerah Tawau dengan ketinggian 1,067 meter dari aras laut
Gunung Maria adalah jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "Preholecene" iaitu berusia melebihi 12,000 tahun.
Terdapat banyak gunung dan bukit kecil di dalam gugusan gunung berapi di Tawau termasuklah Bukit Gemok.
Bukit Gemok umumnya adalah sebuah bukit curam disamping beberapa dataran landai. Puncak bukit ini berada di paras 396m dari aras laut.
Senarai bukit dan gunung yang berada dalam gugusan ini di daerah Tawau termasuklah:-
- Gunung Tiger
- Gunung Bombalai
- Gunung Andrassy
- Gunung Maria
- Gunung Lucia
- Gunung Magdalena
- Quion Hill
- Gunung Wullersdorf
- Gunung Tagasan
- Gunung Glas
- Tengah Hill
- Kukusan Hill


Gunung berapi tidak aktif berhampiran Semporna ialah Gunung Pock dan Gunung Conner.
Pulau Boheydulong dan Pulau Tetagan dekat Semporna juga merupakan sebahagian dari gugusan gunung berapi tidak aktif.
Gunung Magdalena berketinggian 1,208 meter dari aras laut merupakan gunung tertinggi di gugusan itu.
Sumber http://geology.um.edu.my/gsmpub…/BGSM/bgsm56/bgsm2010012.pdf

Inilah rupa wajah yang terbentuk di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi

Suatu pembentukan di permukaan Gunung Kinabalu selepas dilanda gempa baru-baru ini dikatakan menyerupai Datuk Gunting Lagadan yang merupakan lelaki pertama menakluki gunung berkenaan. Etnik Dusun merupakan salah satu antara 70 etnik di Sabah.

Imej yang terbentuk di permukaan gunung berkenaan dikatakan adalah Aki Nabalu yang mana ia merupakan nama gunung itu dalam bahasa Dusun. Foto pembentukan imej dan Lagadan itu telah menjadi viral dan tersebar di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.




Komuniti Kadazan Dusun Murut (KDM) percaya bahawa semangat nenek moyang mereka mendiami kawasan berbatu di puncak Gunung Kinabalu.
Menurut cerita rakyat tempatan, Aki Nabalu yang membawa maksud ‘tempat yang dihormati orang mati’, adalah merupakan kisah daripada seorang isteri yang bertukar menjadi batu setelah menunggu kepulangan suaminya.
 

Malah, ada yang mengatakan ia adalah raja gergasi dan ia masih belum ‘terjaga’ sehinggalah pada pagi Jumaat di mana gempa bermagnitud 5.9 melanda kebanyakan tempat di Sabah. Ramai juga yang menyalahkan sekumpulan pelancong daripada Eropah yang berkelakuan kurang sopan dengan berbogel di Gunung Kinabalu yang mana ia menjadi tempat suci bagi rakyat Sabah.

Sekumpulan 10 pelancong yang dipercayai dua daripadanya adalah warga Kanada, dua warga Belanda dan seorang warga Jerman telah berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada pagi 29 Mei lalu.
Dalam kejadian gempa itu, daripada 187 pendaki, 16 kematian direkodkan manakala dua lagi masih belum dapat dipastikan.
Sumber: RakyatPost



Tuesday, 26 May 2015

Buah dada diraba ketika sedang menunggang motorsikal bersendirian

Gambar sekadar hiasan
 
Hahah. Cam kelakar kalau tengok tajuk dia. Tapi begitulah hakikatnya. Kejadian berlaku di Kuala Terengganu.  Seorang lelaki dipercayai mat rempit ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis yang sedang menunggang motosikal, dalam kejadian di Jalan Kamaruddin, Rabu lalu. Menurut sumber, dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi itu, suspek difahamkan mengekori mangsa, 20-an, yang ketika itu sedang menunggang motosikal bersendirian, sebelum bertindak mencabul mangsa.
Suspek dipercayai mengekori dalam keadaan perlahan sebelum menghampiri motosikal mangsa. Tiba-tiba lelaki itu terus meraba buah dada mangsa menyebabkan mangsa tergamam sebelum bertindak berani mengejar suspek meskipun dalam keadaan masih terkejut,” katanya.
Kata sumber, tindakan mangsa mengejar suspek membuahkan hasil apabila dia berjaya mencatat nombor pendaftaran motosikal suspek.
Mangsa kemudian membuat laporan polis. Susulan laporan dan nombor pendaftaran motosikal yang dicatat, suspek ditangkap lima hari selepas kejadian (kelmarin),” katanya.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan suspek ditahan reman empat hari mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan

Mulut lelaki ini cedera apabila Vapor miliknya meletup tiba-tiba


Gambar-gambar seorang lelaki yang cedera akibat smoke vapor (vapor) yang digunakan meletup secara tiba-tiba di dalam mulutnya kini menjadi viral dan trending.
 
Travis Nummerdor memohon gambarnya disebarkan agar dapat menjadi iktibar kepada semua pengguna tegar vapor di seluruh dunia. Gambarnya itu telah dikongsi oleh lebih 100 ribu pengguna sejak ia dimuat naik pada 22 Mei lalu oleh akaun rakannya, Nikki Boggs.
Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa. Walau bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang mendakwa gambar itu adalah palsu dan mahukan bukti yang lebih kukuh untuk menyokong kenyataan serta gambar Travis itu.
Bagi menafikan dakwaan bahawa gambar itu palsu, melalui ruangan komen facebook, Travis sendiri memberitahu vapor yang digunakannya itu meletup tiba-tiba. 
Walau apa pun pendapat orang ramai, sebagai pengguna vapor, perkara ini perlu diambil serius dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil.
Cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lebih baik berhenti merokok, apa jenis rokok pun rasanya membahayakan nyawa manusia, tak kisahlah rokok daun ke, rokok kretek ke atau vapor sekalipun.
Sumber: mynewshub
 



Wanita mengamuk dan tendang Polis Bantuan di KLIA2

Viral dilaman sosial hari ini menunjukkan seorang penumpang wanita yang dikatakan telah mengamuk selepas ditarik dan dihalang menaiki pesawat.

Kejadian yang dikatakan berlaku di KLIA2 itu memaparkan kejadian berlaku di ruang "aero bridge" kelihatan seorang penumpang wanita meronta-ronta meminta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia.

Wanita itu yang tidak dapat dipastikan kewarganegaraan telah mempersoalkan kakitangan terbabit mahu membawanya keluar dari ruang itu.
Bagaimanpun polis bantuan Lapangan Terbang menjelaskan dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Jawapan itu membuatkan wanita berkenaan enggan berganjak dan melawan dengan menarik tangannya dan juga dilihat menendang polis bantuan berkenaan.

"Saya akan saman awak! Okay?!" kata wanita berkenaan.

Bagaimanapun kenapa wanita itu ditarik tidak dapat dipastikan, yang pasti pihak keselamatan kapal terbang mempunyai sebab yang kukuh untuk bertindak sedemikian.

Takkan pihak keselamatan saja-saja menghalang wanita berkenaan. Dari pandangan video berkenaan juga menunjukkan pintu kapal terbang telah ditutup. Mungkin dia terlambat datang, sekadar tekaan.

Apapun kita tunggu jawapan rasmi daripada pihak Air Asia tentang kejadian ini. sumber SK